Refleksi Kematangan Dramalab
September ini, Dramalab akan mempersembahkan Season of Origins and Originals, sebuah siri kesenian pentas yang terdiri daripada teater, bengkel bacaan serta bengkel pengarahan.
Sebagai pembukaan, Gold Rain & Hailstones karya aktivis teater terkenal Jit Murad bakal dipentaskan selama sepuluh hari mulai 7 September ini. Dipersembahkan di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), teater tersebut menyimpan memori yang sangat besar buat Dramalab.
Gold Rain & Hailstones merupakan produksi sulung mereka ketika syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1993. Dipentaskan kembali atas permintaan ramai pada 1998, versi tahun 2006 kali ini lebih kemas dan menggambarkan kematangan pengarah serta pelakonnya.
Teater tersebut berkisar mengenai kepulangan empat sahabat - Man, Nina, Jay dan Amy - ke Malaysia setelah menimba ilmu di Amerika Syarikat. Mereka bukan saja berdepan dengan konflik budaya, tetapi cuba mengadaptasikan semula diri dari kebiasaan yang pernah dilalui.
Lucu, emosional dan penuh provokasi, Jit Murad dan Lin Jaafar sekali lagi memainkan empat watak tersebut yang multi dimensi dan penuh warna-warni.
“Terpulang kepada individu bagaimana mereka menafsir apa yang cuba saya sampaikan. Bagi saya, Gold Rain & Hailstones berbicara mengenai bangsa, kenegaraan, kedewasaan, perhubungan, penerimaan, seksualiti dan nilai-nilai hidup,” kata Jit.
Lin pula yang kini menetap di luar negara sanggup pulang ke tanah air semata-mata untuk turut serta dalam pementasan ini.
Mengakui Nina dan Amy adalah peranan yang paling digemari sepanjang pembabitan dalam teater, dia mengulas: “Jit mempunyai kebolehan menulis sesuatu yang sangat realistik. Sebagai pelakon, menyebut dialog-dialog tulisannya amat menyeronokkan.”
Bagi Zahim Al-Bakri selaku pengarah artistik Dramalab dan pengarah teater ini, isu yang ditampilkan Gold Rain & Hailstones sangat relevan.
“Temanya tentang identiti dan kepulangan. Ia berlegar mengenai siapa diri kita, kebenaran dan kecintaan terhadap negara. Selain membongkar isu tersebut dari pelbagai perspektif, saya gembira melihat ‘kematangan’ Gold Rain & Hailstones dari segi produksi,” ujar Zahim.
Bekerjasama dengan Sidney Tan dan Crystal Woo untuk efek grafik dan animasi, Zahim turut berkolaborasi dengan Two AM Music Studio untuk rekaan bunyi dan Mac Chan untuk penataan cahaya.
“Kita beruntung mempunyai peruntukan yang agak besar berbanding pementasan lepas, juga sokongan daripada tenaga kerja yang berpengalaman. Mereka yang pernah menonton Gold Rain & Hailstones harus datang semula menyaksikan pembaharuan yang kami tampilkan,” terangnya lagi.
Sementara itu, selain teater tersebut, Season of Origins and Originals turut membawakan Gadis Jalan Burmah yang diterbitkan atas kerjasama RPT Productions.
Diarahkan David Lim dan ditulis oleh Shahredza Minhat, pementasan lakonan solo Soefira Jaafar ini akan diadakan di Stor Teater DBP, Bangunan Dewan Bahasa & Pustaka dari 12 hingga 23 September ini.
Selain itu, dua bengkel bacaan oleh barisan penulis muda negara akan dilangsungkan di Pentas 1, KLPAC pada 9 dan 16 September. Antara yang akan mengambil bahagian ialah Maya Tan Abdullah, Kee Thuan Chye dan Ann Lee.
Zahim yang baru saja selesai mengarahkan muzikal hebat Puteri Gunung Ledang The Musical juga akan berkongsi pengalaman dalam bengkel pengarahan yang diadakan di Dramalab Studio, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya pada 18 September. Bengkel ini bermula seawal 10 pagi hingga 7 malam.
“Kami sangat teruja dengan pementasan dan bengkel yang bakal diadakan,” kata Pia Zain selaku penerbit Dramalab. “Ia mencerminkan komitmen kami terhadap pertumbuhan bakat-bakat baru serta sebagai satu penghormatan kepada sejarah yang kami cipta sendiri,” sambungnya.
INFO
Gold Rain & Hailstones
Tempat: Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Sentul
Tarikh & Masa: 7 hingga 17 September, 8.30 malam dan 3.00 petang untuk Ahad
Harga: RM92, RM72 dan RM52
Talian: 03- 4047 9000 atau lawat goldrainhailstones.blogspot.com
Gadis Jalan Burmah
Tempat: Stor Teater DBP, Bangunan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Tarikh & Masa: 12 September (previu), 13 hingga 23 September pada pukul 8.30 malam. 17 September persembahan pukul 3.00 petang saja.
Harga: RM22 dan RM17 (pelajar) serta RM15 (previu saja)
* Untuk keterangan lanjut bagi bengkel bacaan dan pengarahan, lawat www.dramalab.com.my

0 Comments:
Post a Comment
<< Terbaru