Rumit Tetapi Indah
Tajuk: Gubra
Pengarah/Penulis Skrip: Yasmin Ahmad
Penerbit: Nusanbakti Corporation Sdn Bhd
Para pelakon: Sharifah Amani, Adlin Aman Ramlie, Alan Yun, Namron, Noorkhiriah, Rozie Rashid, Ida Nerina, Harith Iskandar, Juliana Ibrahim, Adibah Noor, Tan Mei Ling, Thor Kah Hoong
Membuka layar dengan tulisan kapur di papan hitam yang bermaksud ‘Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang’, Yasmin Ahmad memulakan ceritanya dengan adegan Bilal Li dan isteri, Mas bergurau di subuh hari.
Penonton kemudian diperkenalkan dengan watak-watak asing yang belum pernah ditemui seperti pelacur Temah dan Kiah, sebelum perhatian dialihkan kepada Orked yang kini sudah berumah tangga dengan jejaka yang lebih jauh usia, Arif.
Gubra sambungan Sepet? Ya dan tidak. Filem terbaru sutradara yang sering ‘mempromosikan’ kasih sayang ini membawakan audiens dua cerita yang berlainan. ‘Dunia’ Bilal Li dan ‘dunia’ Orked tidak bercantum, malah watak-wataknya tidak bersangkut paut di antara satu sama lain.
Anehnya, semasa menikmati Gubra, penonton seakan dapat merasai pertalian yang terjalin di antaranya. Gubra bukan sebuah filem cinta biasa, tidak juga mengutarakan kisah cinta luar biasa. Menonton Gubra seakan melihat perilaku manusia biasa yang kita jumpa sehari-hari, dan ini dijayakan cemerlang oleh barisan pelakonnya yang jarang-jarang menghiasi halaman majalah.
Selepas kehilangan Jason dan meneruskan pengajian di luar negara, Orked (Sharifah Amani) kembali sebagai seorang wanita dewasa. Keputusannya mengahwini Arif (Adlin Aman Ramlie) dirasakan tepat, kerana lelaki itu membuktikan kesungguhannya pulang ke kampung apabila Pak Atan (Harith Iskander) sakit tenat.
Namun, kepulangan itu ada luka dan ubatnya. Orked mendapati Arif berlaku curang, dalam masa yang sama menemukan dia dengan Alan, abang kepada Jason. Pertemuan itu seolah membawa kembali siapa Orked dalam Sepet - seorang yang percaya dan setia pada cinta. Di sebuah perkampungan pula, Bilal Li (Namron) dan Mas (Noorkhiriah) berjiran baik dengan dua orang pelacur. Watak hitam digambarkan sama putih di sini.
Temah (Rozie Rashid) mengidap HIV, manakala Kiah (Juliana Ibrahim) sering menjadi sasaran pelanggan pendera. Namun tidak pernah sekalipun Bilal Li dan isterinya cuba berceramah. Mereka percaya, kebaikan harus ditunjuk dengan kebaikan, bukan melalui paksaan atau cemuhan. Mereka hidup tanpa prejudis dan tiada prasangka, meskipun dalam persekitaran yang menakutkan serta merbahaya.
‘Dunia’ Orked - keluarga kelas pertengahan, moden dan tinggal di bandar, sangat rapuh emosinya apabila berdepan dengan krisis. Sebaliknya, ‘dunia’ Bilal Li - golongan bawahan yang berdepan dengan kemiskinan dan kesusahan, lebih tenang mendepani masalah. Gubra yang membawa erti kerisauan atau kebimbangan, mendekati subjek yang lebih rumit daripada Sepet.
Sukar untuk tidak membandingkan keduanya, tetapi Gubra lebih jujur, lebih menyentuh dan lebih komedi (apatah lagi, filem ini diluluskan tanpa sebarang potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia). Di dalam senyap, Yasmin bijak ‘bersuara’. Skripnya tidak perlu menuturkan ‘saya minta maaf’ atau ‘aku cinta padamu’ untuk menyampaikan perasaan itu. Para pelakonnya tidak payah meraung untuk mengajak penonton menangis bersama, kerana melalui perbuatan dan skor muzik yang sederhana, air mata menitis tanpa sedar.
Suntingan yang kemas memberikan keajaiban kepada Gubra. Biarpun menjalinkan dua plot berbeza, penonton tidak mengeluh keliru. Kerja kameranya juga cantik, perlahan tetapi memberikan masa untuk sesuatu emosi itu berkembang.
Yasmin tidak memberikan sebarang kesimpulan untuk Gubra. Jika ada pun, dia menyingkap kebenaran tentang manusia yang terdesak di dalam mencari keampunan di penghujung hari kerana realitinya, hidup manusia tidak akan selesai sehingga mati.
Gubra, sebuah tragedi yang indah.
(Nota: Jangan tinggalkan pawagam sehingga kredit habis. Ada babak penting yang harus ditonton selepas itu).

0 Comments:
Post a Comment
<< Terbaru